Krisis Ukraine-Rusia | Jokowi tiba di Kyiv

2022-06-29 0

Selepas menempuh perjalanan lebih 11 jam menggunakan kereta api berkelajuan tinggi, Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi tiba di Kyiv, ibu negara Ukraine.

Ketibaan pemimpin nombor satu Indonesia itu untuk bertemu empat mata dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky bagi berbincang mengenai krisis negara itu, selain membuka sesi dialog berkenaan krisis global.